Nota Ringkas Matematik SPM 2020: Garis Lurus dan Statistik III
Nota Ringkas: Matematik SPM 2020 Bab 5: Garis Lurus Kecerunan Kecerunan disebut sebagai 'm' Rumus: 1. m = y 2 - y 1 /x 2 - x 1 2. m = -(pintasan-y/pintasan-x) Persamaan Garis Lurus Bentuk Persamaan Garis Lurus: y = mx + c 'm' ialah kecerunan dan 'c' ialah pintasan-y Garis Selari Garis Selari adalah garis yang mempunyai jarak ( bukan panjang ) yang sama antara satu sama lain. Kecerunan bagi kedua-dua garis selari adalah sama. Anda hanya perlu mengira kecerunan pada satu garisan sahaja kerana secara automatik anda akan mendapat sekali kecerunan bagi garisan kedua Bab 6: Statistik III Had Kelas, Sempadan Kelas dan Saiz Kelas Selang Kelas: 31 - 35 31 merupakan had bawah manakala 35 merupakan had atas. Formula Sempadan Atas: (Had atas kelas tersebut + had bawah kelas seterusnya) ÷ 2 Formula Sempadan Bawah: (Had bawah kelas tersebut + Had atas kelas sebelumnya) ÷ 2 Formula Saiz Kelas: Sempadan Atas - Sempada...