Nota Ringkas Matematik SPM 2020: Garis Lurus dan Statistik III

Nota Ringkas: Matematik SPM 2020

Bab 5: Garis Lurus
Kecerunan
Kecerunan disebut sebagai 'm'
Rumus:
1. m = y2 - y1/x2 - x1
2. m = -(pintasan-y/pintasan-x)

Persamaan Garis Lurus
Bentuk Persamaan Garis Lurus:
y = mx + c
'm' ialah kecerunan dan 'c' ialah pintasan-y

Garis Selari
Garis Selari adalah garis yang mempunyai jarak (bukan panjang) yang sama antara satu sama lain. 

Kecerunan bagi kedua-dua garis selari adalah sama.
Anda hanya perlu mengira kecerunan pada satu garisan sahaja kerana secara automatik anda akan mendapat sekali kecerunan bagi garisan kedua




Bab 6: Statistik III
Had Kelas, Sempadan Kelas dan Saiz Kelas
Selang Kelas: 31 - 35
31 merupakan had bawah manakala 35 merupakan had atas.

Formula Sempadan Atas: (Had atas kelas tersebut + had bawah kelas seterusnya) ÷ 2

Formula Sempadan Bawah: (Had bawah kelas tersebut + Had atas kelas sebelumnya) ÷ 2

Formula Saiz Kelas: Sempadan Atas - Sempadan Bawah

Contoh: …. 26 - 30, 31 - 35, 36 - 40….
Sempadan Bawah bagi kelas 31 - 35:
= (30 + 31) ÷ 2
= 61 ÷ 2
= 30.5
Sempadan Atas bagi kelas 31 - 35:
= (35 + 36) ÷ 2
= 71 ÷ 2
= 35.5
Saiz Kelas bagi kelas 31 - 35:
= 35.5 - 30.5
= 5

Mod, Titik Tengah (Median) dan Min
Mod: Selang Kelas dengan kekerapan tertinggi
Titik Tengah (Median): (Had bawah + Had atas) ÷ 2
Min: Jumlah (kekerapan × titik tengah) ÷ jumlah kekerapan

Contoh:

Berat Puyuh (g)
Kekerapan
Titik Tengah
71 - 80
1
75.5
81 - 90
3
85.5
91 - 100
12
95.5
101 - 110
2
105.5
111 - 120
4
115.5
121 - 130
2
125.5

Kelas Mod: 91 - 100 g
Min: 
= ((75.5 × 1) + (85.5 × 3) + (95.5 × 12) + (105.5 × 2) + (115.5 × 4) + (125.5 × 2)) ÷ (1 + 3 + 12 + 2 + 4 + 2)
= (75.5 + 256.5 + 1146 + 211 + 462 + 251) ÷ 24
= 2402 ÷ 24
= 100.08g

Bersambung..
Made for Aguila HF29 2019

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Nota Ringkas Matematik SPM 2020: Bentuk Piawai dan Ungkapan dan Persamaan Kuadratik

Leaving | M.G. Vassanji (Form 4 Literature)